Friday, January 22, 2010

salam maal hijrah 1431H

assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku.. dinihari pelbagai cabaran dan ujian dari Allah bertubi-tubi menimpa umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. kita seringkali alpa dengan segala kemewahan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T yang mana itulah ujian sebenar kepada kita. semaki hari semaki ramai umat manusia lalai dalam kemewahan dan hiburan. mereka hanya mahukan hiburan dunia semata -mata lantas melupakan Allah yang Esa. mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.. bangkitlah wahai sahabatku, sedarlah wahai sahabatku.. dunia ini hanyalah tempat sementara sahaja. kebahagiaan di akhiratlah yang selama-lamanya. berhijrahlah, berhijrahlah dari kegelapan menuju kepada cahaya petunjuk hidayah Allah S.W.T. hidayah Allah sentiasa berada di mana, namun terpulang kepada kita samada mahu mendapatkannya atau sebaliknya. bersempena dengan kedatangan tahun baru ini mudah-mudahan kita dapat mengubah diri kita, kita dapat memperbaiki diri kita dan kita dapat meningkatkan ibadah kita kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita aka sentiasa diredhai dan diberkati olehNya.. amin ya Robbal Aalamin..

0 comments: